10 January 2009

Utusan Selamat

Karim Kafelnikov mengucapkan 'Selamat Datang' ke Nota Karim. Eleh Karim, bangga lah itu ada perpustakaan sendiri. 


Berhabuk betul perpustakaan ini. Karim ini pun agak-agak lah, upah lah orang datang tolong bersihkan. Ini tidak, aku juga yang kena buat semua. Puas aku tanya Karim kenapa dia buka perpustakaan ini. Jawapan dia sama sahaja, sambil salahkan satu majlis makan malam yang dia curi masuk pada tahun 1989 dulu. Padan lah muka kau Karim, dah tahu tak dijemput pergi curi masuk buat apa. Di situ juga aku kena maki sebab tak sensitif perasaan orang lapar dan dahaga.


Karim pesan, nota-nota pelbagai anu ini semua untuk kau seorang sahaja tahu, jangan beritahu orang lain.


Oh ya, Karim Kafelnikov ada adik cun. Body dia, sikit lagi hendak sama dengan Brigitte Bardot. Tapi rambut hitam. Boleh bayang tak. 


Lagi satu, Karim pesan jangan buat bising dalam perpustakaan ini. Nanti hantu marah. Penat Karim slow-talk.

6 comments:

  1. Hehe. Gotcha! Found "pelbagai anu". Tak tau nak cakap ape. Hebat sangat tuan punye blog punya kreativiti. Pinjam gray matter dalam otak tu sikit boleh?

    ReplyDelete
  2. 5 stars. u are awsome.

    ReplyDelete
  3. Brilliant piece, Izham.

    ReplyDelete
  4. Wow. How come I only know this today? Wow Izham, wow.

    ReplyDelete